1. Rambut Luna yang tiba tiba panjang ke bawah dada tiba tiba menjadi pendek sedikit secara tiba tiba.
2. Siti Senjakala menarik kain nipis merah melitupi keseluruhan bahagian bahunya. Namun, apabila tukar syot, kain tadi berada di bawah bahunya. Padahal tadi dia sudah selimut seluruh tubuhnya dengan kain merah tersebut.
3. Malah dalam adegan yang sama, sewaktu ada orang ketuk pintu, muka Siti Siti Senjakala yang ketakutan memandang hadapan. Tapi, lepas tukar syot, wajahnya kelihatan berpaling memandang Ryan Hidayat secara tiba tiba. Kedudukan tangannya, yang pada awalnya kedua duanya menggenggam kain nipis tiba tiba berubah menjadi sebelah tangan memegang bibir dan sebelah lagi berada di tilam.
4. Perhatikan juga rambut Siti Senjakala di bahu kirinya. Asalnya rambutnya sudah jatuh ke belakang dan tinggal beberapa helai di bahunya,. Tetapi, lepas tukar syot, rambut tu ada kembali. Lebih lebat dari syot sebelum ni.
5. Kain putih atas kotak kecil berubah kedudukan sewaktu Ryan bersedia nak buka pintu.
6. Rambut Luna yang berada di depan bahu kanannya tiba tiba berada di belakang bahunya secara tiba tiba. Rambutnya tiba tiba kembali berada di depan bahunya beberapa saat kemudian.
7. Bila dealing dengan haiwan dalam filem, memang susah nak baca gerak geri mereka. Tapi, bila kerbau yang ada 4 ekor pada awal syot tiba tiba tinggal dua ekor dalam syot seterusnya sebelum kembali menjadi 4 ekor, I wonder where the other 2 missing for a while(gambar tengah)? Takkan tuan mereka ambil pergi bagi makan, pastu bagi balik utk continue shooting kot.
8. Malah, waktu Luna nak tutup pintu, kelibat cameraman dan assistantnya jelas dilihat di pintu kereta.
9. Kerbau yang berbaris di tengah jalan tiba tiba beratur memanjang di tepi jalan. Memang dealing with animal ni memang susah kan?
10. Dealing with Maya Karin punya rambut pun susah jugak ke?. Sekali lagi, rambut di depan bahu kanannya, berada di belakang bahunya secara tiba tiba.
11. Kedudukan topi sawah mak Kuntom berubah ke bawah sedikit secara tiba tiba selepas tukar syot lain.
12. Sekali lagi, sewaktu cerita pasal baja organik, rambut Luna yang berada di depan bahunya tiba tiba berada di belakang, sebelum kembali semula berada di depan bahunya.
13. Budak sekolah muncul tiba tiba sedangkan dalam syot sebelum ini, budak sekolah itu tak ada pun di sekitar kawasan. Budak sekolah tu sebenarnya dah melepasi jambatan tu awal awal tadi.
14. Atan buka kunci dinding tepi belakang lori. Tapi, belum sempat dinding tepi tu jatuh. Next syot dah tunjuk dinding lori itu dah terbuka tanpa terdengar apa apa bunyi dinding pintu lori jatuh ke bawah.
15. Sewaktu Ryan dan Atan terjatuh dalam kolam, dapat dilihat air mengalir dari buluh di tepi kolam yang tiba tiba berhenti sebelum mengalir kembali semasa emak Atan turun ke dalam kolam.
16. Luna hug Atan. Pada awalnya jelas dilihat tangan Atan sudah membalas pelukan Luna. Namun, kemudiannya kita akan lihat bahawa Atan belum lagi balas pelukan Luna. Atan baru je nak letak tangan atas belakang Luna. Aik, tadi kan Atan dah letak, nak letak lagi??
7 comments:
mmg cun!
mmg teliti....
wow...sangat detail...bagus2
Ade 2 lg yg sy perasan..
-shot atan ngn ryan gaduh dlm kolam, air yg trun dr buluh kejap ade, kejap xde..
-shot last luna propose atan then hugging..shot 1st da tnjuk tgn atan kat bahu luna..shot 2nd tnjuk atan baru nak angkat tgn, balas hugging tuu..hahah sgt x logik..
haha detail nya.. sesuai jd pengkriti filem! haha :D
ade bakat..tgok2 sok2 pgrah filem sndri suruh kau kritik filem dierorg..dibayar..wow!
oic ada jugak kelemahan.. tajam mata hang memerhati
Post a Comment