Jom tengok pulak beberapa benda yang korang tak perasan semasa menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak.
Bantal Pak Sudir berubah kedudukan secara tiba-tiba. Sedar atau tidak, bantal biru tersebut ada bulatan putih di sebelah kiri dan dua garisan putih di sebelah kanan sewaktu babak bomoh siam (gambar atas). Namun, bila Pak Mor datang berubat dan letak ranting kayu kat atas badan Pak Sudir, bulatan putih berada di atas sebelah kanan bantal, dan dua garisan putih itu berada di sebelah kiri bantal (gambar bawah).
Sewaktu Wati sedang basuh kain kat sungai, kain pink / ungu tidak kelihatan semasa Punai mengintai dari jauh (gambar atas) walaupun kain itu terkeluar dari baldi dan hampir menyentuh batu. Kain pink / ungu itu tiba-tiba kelihatan dalam syot seterusnya. Bila Punai berada di tepi sungai, kain pink / ungu yang membentuk dua bucu tajam berada dalam keadaan berbeza.
Masih dalam scene Punai & Wati lagi, kali ini fokus kita adalah kepada pencedok air. Di setiap syot berlainan, keadaannya berubah-rubah. Kejap di kiri, kejap di kanan, dan kejap ke depan.
3 comments:
wah, telitinya... tak pasan pun time tengok... :D
bodoh sial ko ni..pathetic..ko ingat filem ni macam gambar ke? pandai ko tipu orang..cerita bergerak, mesti ade pergerakan, mesti ade perubahan pada objek..
betul2!
apekebenda lah ko nie
aku ingtkan movie mistake mcm kat hollywood tuh
blank n nerd la ko nie
Post a Comment