bercerita tentang kesalahan / kesilapan kontinuiti dan fakta untuk suka suka...
Pages
▼
Monday, December 6, 2010
Antoo Fighter: Amukan Drakulat (2008)
Filem hari ini, dari Azizi Chunk Adnan, Antoo Fighter...
Dua pistol yang berada di kiri dan kanan Poh Jee kemudiannya berubah kedudukan.
Gaya duduk Poh Jee berbeza dalam dua syot berbeza. Perhatikan posisi kaki kirinya.
Selendang Pak Din yang ditiup api Drakulat menyebabkan selendangnya berada betul-betul di atas bahunya. Syot seterusnya menyaksikan selendang itu kembali berada di belakang Pak Din, sebelum Drakulat datang.
Lilitan selendang Pak Din berubah kedudukan.
Sewaktu hantu cina ditampak kad nombor ekor, toncang rambutnya berada di hadapan bahu. Kemudian, waktu serang geng Antoo Fighter, toncang rambutnya berada di belakang sebelum close-up syot (waktu dia mencekik geng Antoo Fighter) menunjukkan toncang rambutnya berada di hadapan bahunya. Waktu Poh Jee berkonfrontasi dengan Drakulat, kotak yang berada di kanan Drakulat hilang dan muncul secara tiba tiba sehingga habis babak. Tak percaya? Lagi buktinya di bawah.
Sewaktu Poh Jee lepaskan tembakan dan Drakulat serang kembali..
Sewaktu Poh Jee serang kembali lagi...
Selepas gaduh dengan Drakulat, Poh Jee di campak ke altar.
wah, masa tengok dulu langsung tak perasanlah! :P
ReplyDelete=)
ReplyDeletetak penah tgk cite nih... haha!~XD
ReplyDeleteblog yg lain drpd yg lain.. teliti betul hang ni.. saya follow sini..sudi ke follow saya ?
ReplyDelete