Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Saturday, September 11, 2010

Iron Man 2 (2010)

Ini adalah kesilapan yang dapat dikesan dalam filem Iron Man 2. Ada 9 yang boleh dikesan dengan mata kasar. Meh, aku bawak korang jenguk kesilapan ini satu persatu.

Babak atas ni, adalah babak last skali. Waktu Tony Stark dapat medal. Perhatikan kedudukan tangan Stark yang entah kemana menghilang. Syot depan pun x nampak (gambar atas), syot belakang pon x nampak (gambar bawah). Ish3.. entah2 tangannya ke.. ehem...
Ni masa Ivan Vanko lepaskan diri dari penjara, dia dibawa ke gudang Hammer. Gambar atas, perhatikan pelayan. Gambar atas sekali, dari P.O.V Ivan, kita nampak tangan pelayan ambil gelas. Pastu, bila tukar syot, kita nampak pelayan berada di kanan frame, sebelum dia ambil kembali gelas tadi...
Babak Ivan Vankov di garaj Hammer lagik, P.O.V Hammer, gelas Ivan Vankov kosong tak berair. Namun, kenapa dari P.O.V Ivan Vankov, gelasnya berisi air???
Aiya, adegan ni banyak cuai maaa... tengok! Pas pelayan tuang air wine (agak2), tetibe jer jarak gelas air kosong dengan gelas wine berubah. Padahal, tiada siapa pun ubah kedudukan gelas tu.
Ni masa Hammer ugut Vankov, kedudukan singlet Vankov tak sekata between syot.
Ni x bleh blah, Pepper Potts tetibe hilang tanpa dapat dikesan.. wahaha..
Satu lagi perkara yg perlu difikirkan, gambar atas ni tentunya dari babak Stark buat bateri baru untuk badan dia. Alah, yang segi tiga tuh!.. masa ni, mesti korang tau bagaimana laser dari prisma merosakkan pelbagai barang di sepanjang laluannya sebelum cahaya itu masuk ke dalam lubang ni. Tapi, kenapa wayar yang berada di sebelah kiri tak putus sedangkan cahaya yang datang dari kiri itu tidak terhenti semasa lalu untuk ke lubang tuh??
Bow tie yang tetibe menjadi kemas.
Akhir sekali, babak bila Tony Stark sedar ada key kat map bandar buatan ayahnya tuh. Alah, bila Tony bawa strawbery g pujuk Pepper Pott, ingat?? Ok! Masa ni, Pepper dah kuar. Tony g buang strawberi dalam bakul sampah. Gambar atas, korang akan perasan bahawa pintu yg ditutup terbuka sedikit dengan sendirinya (mungkinkah wujud hantu dalam babak ni...?? wahaha). Alah, mungkin sbb tutup tak rapat tu.. Namun, bila tukar syot, gambar bawah, pintu tadi kembali tertutup rapat dengan sendirinya tanpa siapa pun tutup.

Sekian.. weheee