Pages

Monday, August 23, 2010

Kecoh Betul (2010)

Kecoh lah sangat! Aku tengok filem ni pun macam ape nth. Papepon, jom layan saja 8 kesilapan kontinuiti yang dikesan dalam filem ni.

1) cadar tiba-tiba, bantal tiba2 berubah kedudukan muncul selepas tukar syot - babak awal-awal cite

2) bayang2 side mirror kat atas perut Belon tiba2 hilang selepas syot bertukar - babak Belon hantar pizza ke umah pak aziz

3) cara pegang beg pizza tetiba berubah selepas tukar syot (tiba-tiba saja beg tu ada dekat ketiak Joe, padahal awal2 tu tgklah cmne cara pegangnyer, tak sampai ketiak pon) - babak Joe hantar pizza umah orang pekak

4) kedudukan meja yang berubah (kejap rapat ke sofa, kejap tak) - babak sewa rumah baru

5) cara Joe pegang tilam yang berbeza antara syot - babak sewa rumah baru gak

6) kedudukan straw yang tidak sekata antara syot - babak Aiman ngan Dayana kat kafe

7) pizza tiba-tiba muncul dalam pinggan belon - babak selepas bos bagi RM30

8) kunci tiba-tiba hilang selepas tukar syot - babak Aiman nak jual motor.. laaast skali

No comments:

Post a Comment