Followers

DISCLAIMER

Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.

Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.

Thursday, June 10, 2010

Semerah Cinta Stilleto (2010)

Sape dah tengok Semerah Cinta Stilleto? Yah, aku akan bongkar beberapa perkara yang korang tak perasan dalam filem ni. Mungkin menimbulkan tak puas hati, tapi peduli hape aku. Meh kita jenguk kesilapan2 yang minor dalam filem ni.

Ni adalah adegan dimana watak Cat Farish ni jual kasut Stilleto milik Stella yang dicuri. Gambar (1) dan (2) dirakam dalam satu frame (tiada cut between syot di sini). Kamera fokus kat kasut dan naik kepada watak Cat. Perhatikan kedudukan payung yang membelakangi Cat sebelum dalam syot seterusnya (3) yang tidak jauh dari syot awal menunjukkan Cat sudah berada di tepi payung, bukan di belakang payung seperti pada awalnya. Kasut juga sudah berubah kedudukan.

Perhatikan pelampung merah. Dalam wide-syot (1) Farid Kamil pegang pelampung di belakang. Bila tukar je jadi close-up syot, terus berada di tepi.

Masih dalam scene yang sama. Kali ini, tumpuan kepada kereta sorong. Perhatikan kereta sorong di wide-syot yang rapat ke parit (gambar atas) sebelum berada jauh sedikit tanpa ada siapa ubah dalam close-up (gambar bawah). Apekah!

Masih lagi dalam babak yang sama, kali ini tumpuan kepada topi keledar. Waktu ni, si Letto ni tengah paksa2 nak tahu jugak kasut tu di mana. Last2, dia terkejut bila tau yang kawan dia yang jualkan. Maka, tenungan terkejut (gambar atas) menyaksikan mulut Letto tertutup dengan tali topi keledar. Namun, bila wide syot nk tunjuk kawan Letto, jelas nampak tali topi keledar berada di bawah dagunya (gambar bawah).

Ni plak adegan mak baka Stella yang tak bagi dia kawan ngan Letto. Yang ni selepas Stella hisap shisha. Cari2 kat situ. Nanti korang akan jumpa. Perhatikan kedudukan tangan mak Stella yang berubah dari (1), menjadi kedudukan lain dalam (2) kemudian beralih kembali ke kedudukan asal dalam (3).

Kedudukan towel wide-syot bapak Letto, nampak rapat ke leher (gambar atas). Namun, wide syot pula menunjukkan towel itu jauh dari leher. Huh.. adegan ini ada sewaktu Stella datang dan jumpe mak Letto yang tengah poco-poco di bawah flat diorang.

Itu je, sekian!

3 comments:

Anonymous said...

so what?

khys said...

aku minat juga tgk goof dlm filem2 ni, cuma tak ramai yg kisah ttg goof dlm filem m'sia kan, ni la 1st time aku tgk ada org cuba nak korek goof filem tempatan.

filem2 lama sebelum ni dah terlalu byk kesilapan konti yg aku nampak, sampai aku rasa mcm tak dpt nak elak dah, mesti ada punya salah konti, kena rajin cari saja dah tentu dpt detect. dulu aku buat juga list mcm ni, tapi simpan sendiri saja.

tapi elok juga sementara awak dok teliti goof kategori kontinuiti ni, jgn lupa utk tgk2 kalau2 ada goof kategori lain (fakta, kesan bunyi, dsb nya), yg fakta tu susah sikit nak cari, kesalahan bunyi byk juga dlm filem kita...

fadz said...

laaa, awat tak kenalkan aku dgn blog ni, bagus ah!!!!!!