Ada empat mistake kecik dalam filem ni... msti korang tak perasan kan? meh aku bawak korang jalan2 menyelongkari...
ni scene bila Jack Curtis ni bawak anak-anak dia g camping. Dalam scene ni, si anak ni tengah miang2 gatal digigit nyamuk. So, diorang pun panggil la bapak diorang ni. Jack kemudian letak laptop dia atas kerusi hijau depan (2). Tapi, dalam next syot, tetibe je lap top Jack ada kat atas kotak ais. Untuk clear view, sila tengok filem ni skali g yer...
sebelum g camping, si Jack datang ambik anak2 dia ni dengan limo. Al maklumla, dia ni kan limo driver. Sewaktu dia kuar nak g kat anak2 dia, dia melalui belakang limo. Perhatikan bumper belakang kete yang dah already terbukak. Dalam (1) dia sentuh bumper tu dan bumper tu sikit turun sebab tangannya menarik bumper itu. Perlu diingat, dalam (1) bumper itu bergerak sikit saja. Biasa la, dah dipegang, so bergerak la sikit kan. Tapi, dalam (2), bumper tu turun lower gila, padahal si Jack tak tekan pon bumper tu. Dia just sentuh, remember sentuh. Bezakan sudut bumper dalam (2) dan (3). Tak paham? Tonton kembali..
b4 Jack and anak-anak dia jumpa camping site, diorang masuk kawasan larangan dan jumpe rusa yang dah mati. Dalam (1), korang akan nampak sedikit gas dari hadapan bangkai rusa. Close-up syot lak, dalam (2), gas tu lagi banyak. Then, dari syot binokular (3), gas tu tak kelihatan. Padahal, banyak giler gas dalam (2).
kemudian, tentera datang. Dari syot binokular, korang akan nampak dua tripod, bangkai rusa, dan dua gadget lain. Then, dari wide-syot, sebijik ape pon tarak. Bangkai dah hilang, tripod sume tak kelihatan... hmm... kemanakah rusa itu pergi..?? ngeh2..
tu je..papepon 2012 memang masyuk dan best!
DISCLAIMER
Goofs ini sebenarnya bahan tambah nilai untuk filem tu sendiri dan benda suka-suka di kalangan peminat filem. Goof / bloopers sebenarnya tipikal dalam mana-mana pembikinan termasuklah Hollywood. Harap penonton yang membaca tidak akan menilai kualiti dari sudut goof / bloopers kerana nilai sesebuah filem itu terletak pada kualiti cerita, lakonannya dan bla3.
Orang filem pula tak perlu risau, goof / bloopers filem anda akan didedahkan selepas semua filem habis tempoh wajib tayang. Dan, jika keuntungan filem anda RM11 juta, nilai tu tak akan menyusut jadi RM1 pun jikalau goof / bloopers anda didedahkan. Rasanya bertambah untung ada la kot sebab orang akan tonton di astrofirst ataupun DVD untuk make sure apa yang dikatakan tu betul atau tak.
Monday, December 21, 2009
2012 (2009)
Labels:
2009,
arkib hollywood
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
haha good observation..
wlpun xtgk movie ni lagi..tp bese r tu, sti ade kesilapan sedikit je yg penonton kdg2 xpasan
hahaaa! nice :)
Post a Comment